Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Komputer Riba ASUS Zenbook Pro Kini Hadir Dengan Penawaran Paparan Bersaiz 17.3 Inci - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Komputer Riba ASUS Zenbook Pro Kini Hadir Dengan Penawaran Paparan Bersaiz 17.3 Inci


Bersempena dengan acara pelancaran Pinnacle of Performance, ASUS telah memperlihatkan komputer riba ASUS Zenbook Pro pertama mereka yang hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci, iaitu ASUS Zenbook Pro 17.

Seperti yang dikatakan, ia hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci yang menggunakan panel IPS NanoEdge dengan resolusi 2.5K dengan fungsi sesentuh dengan kadar segar semula 165Hz yang disahihkan oleh Pantone.

Dari segi komponen dalaman, ASUS Zenbook Pro 17 ini dikuasakan oleh gabungan CPU AMD dan juga kad grafik NVIDIA yang termasuklah CPU AMD Ryzen 9 6900HX dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050.

Untuk pengalaman audio yang menandingi paparan yang ditawarkan pada komputer riba ini, ASUS turut memuatkan empat pembesar suara Harman Kardon yang hadir dengan pengesahan Dolby Atmos.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan pelancaran untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.