Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Bangunkan Kanta Lekap Pintar Pantau Tekanan Mata Dan Glaukoma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Bangunkan Kanta Lekap Pintar Pantau Tekanan Mata Dan Glaukoma


Para saintis dari China kini telah membangunkan sebuah kanta lekap pintar yang memfokuskan untuk memantau kadar tekanan pada mata, dan pada masa yang sama mengubati glaukoma dengan menyediakan ubat bila diperlukan.

Dibangunkan oleh Sun Yat-sen University, kanta lekap ini boleh digunakan untuk tujuan pemantauan tekanan pada mata sebelum pembedahan, dan turut digunakan untuk menyediakan ubat selepas pembedahan.

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Sekiranya tidak dirawat dan diubati, ianya boleh membawa kepada kebutaan yang kekal.

Mengikut ujian yang dilakukan pada mata arnab dan juga babi – yang hampir menyerupai mata manusia, ia memperlihatkan hasil keputusan yang boleh memantau kadar sensitif, serta mengawal kadar tekanan mata.

Buat masa ini, ia masih belum diuji meluas, termasuk pada manusia. Apa pun, mengikut pembangunan, ia dikatakan pengeluaran kanta lekap ini boleh dilakukan dengan proses pengeluaran kanta lekap sedia ada.

Sumber : SCMP


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.