Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wabak Cacar Monyet Dikenal-pasti Di Tiga Benua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wabak Cacar Monyet Dikenal-pasti Di Tiga Benua


Baru-baru ini, salah satu virus yang mula menular di beberapa negara di Eropah adalah wabak cacar monyet. Ia juga telah dikenal-pasti di benua Amerika dan juga Australia.

Apa Itu Cacar Monyet?

Cacar monyet atau monkeypox adalah disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Penyakit cacar monyet ini boleh tersebar kepada manusia melalui beberapa kaedah. Ia boleh tersebar melalui haiwan yang mempunyai jangkitan tersebut – termasuk melalui gigitan, atau sentuhan dengan darah binatang atau cecair badan haiwan yang dijangkiti.

Disamping itu, ia juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan mereka yang sedia mempunyai penyakit cacar monyet ini.

Cacar monyet mempunyai tempoh inkubasi antara 6 ke 21 hari, dan pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala selama dua ke empat minggu lamanya.

Apakah Gejala Cacar Monyet?

Gejala jangkitan untuk cacar monyet adalah seumpama cacar (smallpox), membawa kepada demam, sakit kepala, keletihan, dan ruam yang bermula daripada muka kepada tapak tangan, sebelum ke bahagian tubuh yang lain.

Disamping itu, pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit belakang dan sakit sendi, kejang otot, dan pembengkakan kelenjar limfa.

Untuk kanak-kanak dengan tahap imuniti rendah, ia mempunyai risiko dengan gejala lebih serius – dan boleh menyebabkan kematian. Menurut KKM, kadar kematian di negara endemik cacar monyet dianggar sekitar 3-6%

Sebelum ini, penyakit cacar monyet dikenal-pasti pada bahagian pedalaman negara Afrika, tetapi sejak kebelakangan ini, ia turut tersebar ke beberapa negara Eropah, selain Amerika dan Australia.

Risiko Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan kemungkinan transmisi jangkitan cacar monyet antara manusia adalah terhad – oleh itu risiko tersebar ke Malaysia adalah rendah. Kecuali sekirannya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti, atau kontak langsung dengan pesakit cacar monyet.

Pihak KKM juga kini menyediakan sebuah FAQ ringkas untuk rujukan orang ramai dalam memahami lanjut berkaitan dengan penyakit cacar monyet ini. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan diri, elak bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingya, dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala jangkitan cacar monyet agar tindakan pengasingan dapat segera dilakukan dan mengekang penularan jangkitan.

Sumber : KKM


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.