Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Akan Memfailkan Muflis Dan Menutup Operasi Di Rusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Akan Memfailkan Muflis Dan Menutup Operasi Di Rusia


Google Rusia dilaporkan akan memfailkan muflis di negara tersebut kerana subsidiari mereka menghadapi masalah untuk membayar gaji kakitangan, vendor dan pembekal selepas akaun mereka dibekukan oleh pihak berkuasa. Tindakan diambil selepas Amerika Syarikat mengenakan halangan ekonomi ke atas Rusia. Sejak operasi digantung pada Mac lalu, Google mula memindahkan kakitangan di Rusia ke negara lain seperti Dubai.

Google Logo

Kakitangan yang enggan berpindah pula telahpun meletakkan jawatan. Selain akaun yang telah dibekukan, Google turut telah didenda 7.22 bilion rubles (~RM495 juta) kerana enggan menghalang video yang menunjukkan operasi tentera Rusia di Ukraine di YouTube.

Dengan anak syarikat Google akan bankrap kelak, operasi fizikal mereka di Rusia akan ditutup. Sistem operasi Android dan perkhidmatan percuma lain seperti YouTube, dan Gmail akan diteruskan pada waktu ini. Pengguna di Rusia telahpun dihalang dari melanggan kepada perkhidmatan dengan aplikasi berbayar tidak lagi boleh dimuat turun.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.