Sony Linkbuds S Dilancarkan Dengan ANC, LDAC Dan IPX4
Sebuah lagi TWS dilancarkan ke pasaran global hari ini dalam bentuk Sony Linkbuds S yang sudah beberapa kali sebelum ini. Ia adalah fon telinga nirwayar yang amat ringan hanya sekitar 4.6 gram untuk setiap putik tetapi masih lagi mempunyai sokongan pembatalan hingar ANC, LDAC dan kalis air IPX4.
Dengan ANC setiap putik boleh bertahan sehingga 6 jam dan meningkat ke 20 jam apabila digunakan sekali dengan pod pengecas. Pod pengecas ini boleh dicas semula menerusi port USB-C. Masih terdapat pad sesentuh pada sisi untuk pelbagai kawalan audio dan ciri Speak-to-Chat yang menjeda muzik secara automatik apabila mengesan pemakai sedang bercakap. Sensor pada putik juga menghentikan muzik apabila ia ditanggalkan dari telinga.
Untuk memastikan kualiti audio yang baik, LinkBuds S dilengkapi cip V1. Tambatan pantas Google Fast Pair disokong pada peranti Android bersama dengan audio 360 darjah dan Spotify Tap. Seperti kesemua TWS premium di pasaran, mod Ambient turut diberikan untuk membenarkan audio luar didengari walaupun dengan putik telinga dipakai.
Akhir sekali apabila dipadankan dengan peranti pintar, pengguna boleh menyeru pembantu maya seperti Alexa dan Assistant untuk melakukan arahan suara. Sepasang Sony Linkbuds S dijual pada harga $200 (~RM881) sepasang dalam warna putih dan hitam.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment