Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kabel USB-C Dengan Sokongan 240W Kini Boleh Dibeli Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kabel USB-C Dengan Sokongan 240W Kini Boleh Dibeli Di Malaysia


Pihak pemantau piawaian USB telah pun memperkenalkan USB-C 2.1 dengan sokongan pengecasan sehingga 240W pada tahun lepas, dan kini kabel yang menyokongnya telah mula dipasarkan.

Salah satu penyenaraian di Shopee, memperlihatkan pihak UGREEN telah mula memasarkan kabel USB-C dengan sokongan 240W di Malaysia pada harga promosi RM31.

Melalui penyenaraian pihak UGREEN, ia turut memperlihatkan sokongan pemindahan tenaga 48V pada kadar 5A.

Selain daripada itu, ia juga menawarkan sokongan piawaian USB 2.0 untuk pemindahan data, iaitu pada kelajuan sehingga 480Mbps.

Dengan kabel ini,ia sekaligus membolehkan anda mengecas bukan sahaja telefon pintar, tetapi juga komputer riba.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kabel ini pada harga sekitar RM31 di Shopee. Mungkin kita akan turut melihat penawaran penyedia kabel lain dengan sokongan 240W di Malaysia tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.