Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Amazfit T-Rex Pro 2 Dan Vienna Tertiris Ke Arena Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Amazfit T-Rex Pro 2 Dan Vienna Tertiris Ke Arena Web


Huami yang merupakan salah satu syarikat di bawah ekosistem Xiaomi telah sedia hadir dengan pelbagai barisan peranti-boleh pakai di bawah jenama Amazfit. Terbaru, mereka dilihat dalam perancangan untuk penawaran beberapa model baharu lagi melalui Amazfit T-Rex Pro 2 dan Amazfit Vienna.

Rekaan untuk kedua-dua jam tangan pintar tersebut telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan yang tular. Ia menunjukkan kedua-dua jam tangan pintar adalah sejenis tahan lasak dengan tubuh yang menggunakan bahan unibodi titanium dan sapphire-glass pada skrin.

Amazfit T-Rex Pro 2 mempunyai rekaan yang serupa dengan pendahulunya. Ia dikatakan mempunyai tubuh berasaskan plastik yang tahan lasak dengan padanan tali jam silikon. Ia juga menyertakan skrin AMOLED sebesar 1.39-inci dengan resolusi 454 X 454 piksel. Beberapa sensor terbina yang dinaik-taraf turut disertakan untuk pemantauan kesihatan serta aktiviti pengguna.

Ia merangkumi lebih 150 mod suka terbina, di samping ciri pemantauan kesihatan lain seperti pemantauan pola tidur dan kadar degupan jantung. Dengan bateri 500mAh, ia dikhabarkan mampu bertahan sehingga 10 hari lamanya untuk penggunaan berat. Sebagai seutas jam tangan yang tahan lasak, ia turut mempunyai penarafan kalis air 10 ATM, di samping pensijilan ketahanan 15 MIL-STD-810G gred tentera.

Seterusnya, Amazfit Vienna pula akan mempunyai paparan AMOLED sebesar 1.28-inci dengan resolusi 416 X 416 piksel. Turut difahamkan, muka jam adalah sejenis berputar untuk kawalan lebih pelbagai. Di samping itu, ia turut akan dilengkapi penarafan kalis air 20 ATM di samping memori 2MB RAM dan storan 4GB. Lain-lain spesifikasi yang meyokong adalah bateri 500mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa, sokongan bluetooth 5.0 dan GPS dwi-band.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang tarikh pelancaran rasmi yang dikongsi. . Tetapi dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi. Sama-sama nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

Sumber : GSMArena , Gizmochina


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.