Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lakaran Nothing Phone (1) Diperlihatkan Dan Mengesahkan Penggunaan Panel Belakang Lutsinar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lakaran Nothing Phone (1) Diperlihatkan Dan Mengesahkan Penggunaan Panel Belakang Lutsinar


Nothing akan melancarkan telefon pintar pertama mereka – Nothing Phone (1) ke pasaran dunia tahun ini. Sebuah imej pengolokan yang dikongsi mengenai peranti ini memberikan petunjuk ia akan hadir dengan panel belakang yang lutsinar. Hari ini Carl Pei berkongsi lakaran awal peranti menerusi akaun Twitter beliau.

Ia mengesahkan panel belakang akan mempunyai rekaan lutsinar. Beberapa lakaran yang dikongsi menunjukkan pelbagai komponen pelbagai warna dapat dilihat menerusi panel ini. Amat mirip dengan rekaan tubuh Nothing Ear (1) sebelum ini. Rekaan litar belakang yang terdedah ini mendapat ilham dari peta kereta api bawah tanah New York dari tahun 1972 oleh Massimo Vignelli dan Bob Noorda. 

Rekaan akhir peranti nampaknya akan bukan sahaja unik tetapi cantik. Namun begitu persoalannya adakah ia tahan lasak. Kerangka plastik Ear (1) yang kami ulas sebelum ini sudah mula calar balar selepas beberapa bulan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.