Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Mengacah Penawaran 5G Melalui Kelajuan “Turbo” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Mengacah Penawaran 5G Melalui Kelajuan “Turbo”


Pada hari ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia, dan terhad di beberapa lokasi. Beberapa syarikat telekomunikasi lain, turut tidak ketinggalan dan nampaknya dalam persediaan untuk pengenalan rangkaian 5G masing-masing.

Terbaru, U Mobile turut telah menerbitkan sebuah halaman mengacah pengenalan rangkaian 5G mereka.

Melaluinya, U Mobile mengatakan boleh menikmati kelajuan “Turbo” di lokasi Putrajaya, Cyberjaya dan juga Kuala Lumpur. Untuk makluman, ketiga-tiga lokasi ini adalah lokasi terawal di Malaysia yang mempunyai rangkaian 5G. Walaubagaimanapun, peta rangkaian yang turut diterbitkan pada halaman khusus berkenaan memperlihatkan tiada lagi “liputan rangkaian baharu” yang tersedia buat masa ini.

Mengikut laporan sebelum ini, U Mobile masih belum menandatangani perjanjian bersama pihak DNB sehingga kini. Namun, kerajaan menyatakan syarikat telekomunikasi diberikan masa sehingga 30 Jun untuk menandatangani perjanjian bersama DNB.

Dengan kehadiran laman khusus ini, adakah kita akan melihat U Mobile mejadi syarikat telekomunikasi seterusnya yang memperkenalkan rangkaian 5G, dan akur dengan penggunaan rangkaian dibawah DNB?

Sumber : U Mobile melalui SoyaCincau


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.