Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelayar Web DuckDuckGo Tidak Selamat Seperti Disangka – Membenarkan Penjejak Microsoft - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelayar Web DuckDuckGo Tidak Selamat Seperti Disangka – Membenarkan Penjejak Microsoft


DuckDuckGo merupakan salah satu perkhidmatan yang hadir dengan mengatakan mereka memfokuskan kepada privasi, dan tidak membenarkan sebarang penjejak menjejaki aktiviti pengguna.

Apa pun, perkara berkenaan dilihat tidak tepat sepenuhnya. DuckDuckGo dilihat menghalang penjejak daripada Facebook dan juga Google, tetapi membenarkan penjejak daripada Microsoft terus berjalan.

Ini sekaligus membenarkan penjejak dibawah Microsoft seperti milik LinkedIn dan juga Bing terus menjejak dan membentuk awanan dan data pelayaran pengguna.

CEO DuckDuckGo mengesahkan perkara ini, mengatakan mereka mempunyai kerjasama dengan Microsoft untuk tujuan berkenaan.

Ia dikatakan perkara ini hanya untuk pelayar web DuckDuckGo sahaja, sementara enjin carian mereka menghalang penjejak secara menyeluruh.

Walaupun kerjasama seperti ini mungkin biasa, tetapi ramai mempersoalkan kenapa pihak DuckDuckGo jujur dan menyatakan ia secara terbuka kepada pengguna mereka sebelum ini, sehingga dikenal-pasti oleh salah seorang pengkaji sekuriti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.