YouTube Shorts Akan Papar Iklan Pada Peringkat Global – Termasuk Iklan Edagang
Google sedia menyatakan sebelum ini yang mengintegrasikan iklan berbentuk edagang bagi membolehkan jual-beli berlaku terus pada YouTube. Kini, selain pada video YouTube biasa, iklan berbentuk edagang ini juga kini akan diperluaskan pada peringkat global pada YouTube Shorts.
Dengan langkah ini, kita akan mula melihat iklan dipaparkan pada YouTube Shorts, dimana bukan sahaja iklan berbentuk biasa – tetapi turut membolehkan anda berinteraksi untuk membuat sesuatu pembelian.
Ini boleh dikatakan salah satu bentuk perluasan perkhidmatan pengiklanan Google yang sedia popular pada arena enjin carian.
Disamping itu, Google juga sedang melihat untuk memperkenalkan bentuk pengiklanan edagang bervisual tinggi terus pada carian Google.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment