Realme Mengacah Ingin Menjadi Pertama Hadir Dengan Telefon Guna SD 8+ Gen 1
Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan mercu terbaru mereka, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, yang mana menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik lebih baik, disamping penggunaan bateri yang efisien.
Selari dengannya, kini Realme menjadi yang pertama mengacah kehadiran telefon pintar yang dijana menggunakannya, melalui Realme GT2 Master Exploration Version.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Realme akan melancarkan telefon pintar ini. Qualcomm sebelum ini menyasarkan peranti menggunakan cip ini dipasarkan sekitar suku ketiga 2022 ini.
Sebelum ini, Realme telah memperkenalkan Realme GT2 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 1 di Malaysia, dimana ia ditawarkan pada harga RM2999. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan, dan berharap agar masalah panas dengan tiba-tiba pada beberapa situasi dapat diatasi melalui versi baharu peranti ini kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment