Asus Mengacah Pelancaran ROG Phone 6 – Dijana Snapdragon 8+ Gen 1
Asus kini berkongsi di platform sosial mereka, mmengatakan telefon memfokuskan permua daripada mereka, iaitu Asus ROG Phone 6 akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tiada sebarang tarikh diberikan, tetapi Asus mengatakan ia bakal dijana dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1.
Telefon pintar ini akan memfokuskan kepada keselesaan ketika memainkan permainan video, disamping hadir dengan pengoptimasian seperti penyejukkan, skrin yang cantik, dan juga ketahanan bateri yang lebih baik.
Dengan perkongsian terbaru Asus ini, sama-sama kita nantikan bilakah ROG Phone 6 ini akan diperkenalkan oleh Asus.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment