Gurman – Apple TV Mungkin Dikemaskini Dengan Cip A14, HomePod Dan Apple Watch Series 8 Dengan Cip S8
Mark Gurman baru-baru ini sekali lagi meramalkan kehadiran beberapa produk baharu Apple yang mungkin akan dilancarkan tahun ini. Sebelum ini antara yang telah kami laporkan adalah iPad Pro 2022, Mac Mini, dan mungkin juga set kepala AR Apple.
Menurut Mark dalam Power On, Apple mungkin akan hadir dengan Mac Mini dengan dua pilihan cip M2 atau M2 Pro, sementara MacBook Pro baharu 14-inci dan 16-inci akan hadir dengan pilihan cip M2 Pro atau M2 Max, komputer Mac Pro pula mungkin hadir dengan M2 Ultra atau M2 Extreme.
Apple juga mungkin akan mengemaskini Apple TV dengan cip A14 Bionic dan juga memori 1GB RAM lebih besar, menjadikannya 4GB RAM untuk sokongan permainan video melalui tvOS 16. HomePod juga dijangka akan hadir dengan model baharu yang menggunakan cip Apple S8, iaitu cip yang turut dijangka akan digunakan pada Apple Watch Series 8 nanti.
Apple juga sudah mula membangunkan cip Apple M3 yang mungkin akan digunakan pada MacBook Air 13-inci, MacBook 15-inci, iMac baharu dan besar kemungkinan pada sebuah MacBook dengan skrin 12-inci.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment