Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lockheed Martin Berkongsi Bagaimana Pesawat Darkstar Untuk Top Gun Maverick Dihasilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lockheed Martin Berkongsi Bagaimana Pesawat Darkstar Untuk Top Gun Maverick Dihasilkan


Bintang sebenar filem Top Gun Maverick ialah F-18, F-14 dan SU-57 bukannya Tom Cruise. Maaf Tom tetapi inilah hakikatnya kerana jika anda digantikan dengan Steve Buscemi sekalipun filem ini akan meletup di panggung dengan kutipan mencecah $1 bilion. Antara pesawat lain yang dipaparkan dalam filem blokbuster ini ialah Darkstar yang sebenarnya tidak wujud.

Lockheed Martin berkongsi bagaimana mereka bekerjasama dengan pembikin filem untuk menghasilkan pesawat fantasi yang mampu terbang pada kelajuan Mach 10. Walaupun sekadar konsep dan fantasi, ia masih menggunakan teknologi yang wujud. Kepakaran Lockheed Skunk Works sejak 1943 membina pesawat rahsia dan eksperimen untuk Amerika Syarikat digunakan sepenuhnya.

Rupa bentuk Darkstar misalnya menggunakan konsep pesawat scramjet SR-72 dengan konfigurasi enjin pula mirip pesawat terpantas dunia SR-71 Blackbird. Kokpit Darkstar yang tidak mempunyai cermin hadapan yang digantikan dengan skrin LCD sepenuhnya pula dipinjam dari pesawat Lockheed X-59 QueSST yang sedang dibina bagi mengembalikan semula pesawat penumpang supersonik.

Adalah menarik melihat Lockheed Martin menggunakan kepakaran mereka untuk menghasilkan pesawat fiksyen yang masih berpijak di bumi yang nyata.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.