Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carl Pei : Telefon Pintar Masih Akan Mendominasi Kehidupan Digital Sehingga 10 Tahun Akan Datang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carl Pei : Telefon Pintar Masih Akan Mendominasi Kehidupan Digital Sehingga 10 Tahun Akan Datang


Carl Pei merupakan pengasas Nothing, dan kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar pertama mereka secara rasminya pada minggu ini. Selari dengannya, kini beliau berkongsi beberapa pandangan berkenaan arena telefon pintar.

Menurut Carl Pei, pasaran telefon pintar mengecil akhir-akhir ini disebabkan oleh ketiadaan sebab kepada pengguna untuk mendapatkan produk baharu. Komen ini dilihat lebih ditujukan mengatakan tiada inovasi dalam arena telefon pintar sejak kebelakangan ini.

Pada masa yang sama, Carl Pei turut mengatakan telefon pintar akan terus mendominasi kehidupan digital pengguna untuk tempoh lima ke 10 tahun lagi.

Walaupun terdapat perbualan dan hype berkenaan produk alternatif lain, telefon pintar dijangka akan kekal menjadi medium utama.

Kebelakangan ini, sejumlah syarikat telah mula memfokuskan kepada peranti realiti-terimbuh seperti kaca mata pintar dan juga set kepala AR. Apple sendiri dikatakan akan memfokuskan arena ini, dan dijangka memperlihatkan penawaran mereka seawal 2023 kelak.

Bercakap mengenai Nothing sendiri, Carl Pei mengatakan mereka memfokuskan kepada beberapa perkara melalui Nothing, terrmasuk pada rekabentuk, dan juga komuniti kreatif.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.