Cip Qualcomm Snapdragon W5 Gen 1 Dan W5+ Gen 1 Untuk Jam Tangan Pintar Diumumkan
Qualcomm melancarkan dua cip pemproses terkini untuk jam tangan pintar pagi ini iaitu Snapdragon W5 Gen 1 dan Snapdragon W5+ Gen 1 yang menggunakan teknologi 4nm. Ia mengambil tempat Snapdragon Wear 4100+ yang dilancarkan dua tahun lalu.
Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi sehingga dua kali ganda tetapi pada waktu yang sama mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 50%. Ini sekaligus akan meningkatkan hayat bateri jam tangan pintar yang secara lazimnya hanya bertahan sehingga dua hari sahaja.
Cip juga 30% lebih kecil mengurangkan ruang yang diperlukan pada papan induk jam. Selain itu ia turut menyokong bluetooth 5.3, mod mengurangkan penggunaan kuasa yang lebih baik untuk penjejakan tidur dan kemampuan penjejakan kesihatan sepanjang masa.
Siri Snapdragon W5+ Gen 1 dilengkapi empat teras Cortex A53 dan satu teras Cortex M55 yang dipadankan pula kepada GPU A702. Perbezaan antara W5 dan W5+ hanyalah pada W5 tiada cip tambahan AON Cortex M55 yang sentiasa aktif tetapi menggunakan kuasa yang rendah untuk memproses arahan suara, memainkan muzik dan menguruskan notifkasi yang diterima jam.
Dua pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon W5 Gen 1 dan W5+ Gen 1 ialah Oppo dan Mobvoi. Qualcomm turut berkata 25 lagi jam juga disahkan akan menggunakan cip terkini yang menyokong sistem operasi Wear OS dan RTOS.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment