TikTok Dilaporkan Mengurangkan Pekerja – Melakukan Penstrukturan Global
Kebelakangan ini, kita telah melihat sejumlah syarikat melakukan penstrukturan perniagaan selari ketidaktentuan ekonomi – termasuk Microsoft yang mengurangkan pekerja, selain Apple yang menghentikan pengambilan pekerja.
Terbaru, TikTok turut dilihat melakukan penstrukturan pada peringkat global, dan akan mengurangkan pekerja di beberapa buah negara, seperti di Amerika Syarikat, UK, dan sebagainya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui berapakah jumlah pekerja TikTok yang terkesan dengan perubahan ini, dan apakah jawatan-jawatan yang terjejas.
Dengan pergerakan ekonomi yang perlahan dan kadar inflasi tinggi, mungkinkah kita melihat lebih banyak syarikat melakukan perkara sama dalam minggu-minggu akan datang?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment