Google Tangguh Penamatan Sokongan Kuki Pihak Ketiga Pada Chrome Ke 2024
Google sebelum ini telah menyatakan mereka akan menamatkan sokongan kuki pihak ketiga pada pelayar web Google Chrome – sekaligus memberikan lebih privasi kepada pegguna. Pada awalnya, ia dirancang untuk dilaksanakan seawal 2022, tetapi ditangguhkan ke 2023, dan kini Google sekali lagi menangguhkan ia kepada 2024.
Dengan langkah ini, penyedia perkhidmatan web masih boleh menggunakan teknologi kuki pada perkhidmatan mereka dalam menjejak pengguna sehingga 2024 pada Chrome.
Penamatan ciri ini adalah dalam usaha memberikan pengguna lebih privasi pada pelayaran mereka, sekaligus menyukarkan sebarang penjejak mengetahui aktiviti pengguna melalui Chrome. Tetapi, ia dijangka akan memberikan kesan kepada beberapa perkhidmatan, termasuk seperti pengiklanan dan lain-lain.
Penangguhan ini adalah dalam memastikan peralihan yang lancar dari penggunaan kuki ke tanpanya. Google menyasarkan untuk memperluaskan penggunaan Privacy Sandbox secara lebih meluas pada bulan hadapan dalam melakukan ujian alternatif tanpa kuki di web.
API Privacy Sandbox pula dijangka diintegrasikan pada Google Chrome seawal suku ketiga 2023 kelak, sebelum halangan kuki dilakukan pada Google Chrome pada 2024. Sama-sama kita berharap agar Google tidak menangguhkan lagi pengenalan ciri tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment