Meta Ingin Gandakan Paparan Kandungan Rawak Pada Garis Masa Instagram Dan Facebook Anda
Meta hari ini berkongsi beberapa perkembangan pada platform mereka, termasuk berkaitan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mencadangkan dan memaparkan kandungan yang dianggap sesuai pada pengguna.
Menurut Mark Zuckerberg, pada hari ini sekitar 15% kandungan yang dipaparkan pada garis masa Facebook dan Instagram merupakan kandungan yang dicadangkan dan dipaparkan secara rawak mengikut algoritma. Ini sekaligus membolehkan pengguna menemui pelbagai kandungan dan pencipta kandungan baharu dalam platform berkenaan.
Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg mengatakan mereka akan gandakan paparan tersebut pada tahun hadapan – menjadikannya kepada 30%. Secara kasar, ia akan menjadikan 1 daripada 3 kandungan yang anda lihat kelak adalah kandungan yang dicadangkan.
Perkara ini mungkin tidak diminati ramai, malah ada yang telah mula kurang suka paparan kandungan rawak daripada mereka tidak dikenali pada garis masaa seseorang.
Namun, mungkin Meta mengikut langkah TikTok dalam paparan kandungan secara rawak – yang dilihat berjaya mendapat perhatian ramai pengguna seluruh dunia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment