Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serpihan Roket Milik China Yang Masuk Semula Ke Ruang Udara Bumi Dilihat Lintas Udara Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serpihan Roket Milik China Yang Masuk Semula Ke Ruang Udara Bumi Dilihat Lintas Udara Malaysia


China sebelum ini telah melancarkan roket Long March 5B pada 24 Julai 2022 lepas, dalam usaha menghantar modul Wentian dengan seberat 23,000 kilogram ke Stesen Angkasa Tiangong. Susulan daripadanya, peringkat teras roket Long March 5B telah memasuki orbit rendah Bumi dalam melepaskan modul. Dan disebabkan oleh seretan atmosfera yang kuat, serpihan roket ini memasuki atmosfera Bumi semula.

Lanjutan daripadanya, pemantauan Agensi Angkasa Malaysia mendapati kemasukkan semula serpihan roket Long March 5B ke ruang udara Bumi telah dikesan pada 0.55 pagi, 31 Julai 2022 waktu Malaysia.

Serpihan roket berkenaan telah terbakar ketika memasuki semula ruang udara Bumi, dan pergerakan serpihan yang terbakar turut melintasi ruang udara Malaysia, serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara sekitar Sarawak.

Sisa serpihan berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.