Volkswagen Memperlihatkan Rekaan Kenderaan Mobiliti Udara V.MO
Selain membina kenderaan elektrik, pembangunan “kereta terbang” juga hangat dilakukan pelbagai syarikat sejak sedekad yang lalu. Terdapat pembabitan dari syarikat besar seperti Boeing dan Airbus untuk menawarkan kenderaan mobiliti udara elektrik di kawasan bandar. Volkwagen Group China minggu ini memperlihatkan rekaan kenderaan mobiliti udara V.MO yang juga diberikan nama panggilan Flying Tiger.
Prototaip yang diperlihatkan adalah sebesar 11.2x 10.6 meter dengan ia dilengkapi lapan kipas penerbangan menegak dan dua kipas penolak untuk penerbangan mendatar konvensional. Ujian penerbangan akan dimulakan tahun ini Volkswagen menyasarkan ia mampu terbang dengan empat orang penumpang dengan jarak operasi sehingga 200 kilometer sekali caj.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment