Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Dilihat Mula Tawar Ganjaran Berbayar Untuk Tarik Pengguna Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Dilihat Mula Tawar Ganjaran Berbayar Untuk Tarik Pengguna Baharu


TikTok sedia menjadi salah satu aplikasi popular, dengan angka pengguna yang tinggi. Dalam usaha terus mengalakkan penambahan pengguna-pengguna baharu, pihak TikTok dilihat menggunakan konsep rujukan, dan memberikan ganjaran kepada pengguna dalam menarik pengguna baharu.

Ciri ini dilihat telah ditawarkan di beberapa buah negara sejak setahun dua yang lepas, tetapi hari ini menyaksikan sejumlah pengguna tempatan menerima notifikasi, dan mengalakkan mereka menjemput rakan-rakan baru ke TikTok.

Dari segi ganjaran, TikTok menawarkan sekitar RM55-RM65 untuk menjemput rakan-rakan baharu menyertai platform berkenaan. TikTok mengehadkan ganjaran kepada 10 jemputan awal sahaja.

Malah, setiap jemputan tersebut perlu meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari sebelum sesuatu ganjaran tersebut dapat ditebus.

Dengan langkah ini, kita mungkin melihat lebih ramai pengguna baharu menyertai platform tersebut dari hari ke hari, apatah lagi apabila menerima jemputan daripada rakan-rakan terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.