Lazada Melakukan Pelaburan Strategik Pada TNG eWallet
Touch ’n Go hari ini mengumumkan, syarikat TNG Digital dibawah mereka yang menguruskan dompet digital Touch ‘ Go eWallet, telah pun meraih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta.
Suntikan dana pelabura baharu ini, diterajui oleh Lazada Group. Ia tidak diketahui berapakah jumlah ekuiti yang dipegang pihak Lazada melalui suntikan dana pelaburan baharu ini.
Selain pelaburan oleh Lazada, sejumlah pemegang saham sedia ada TNG Digital turut melakukan pelaburan tambahan pada kali ini.
Dengan dana pelaburan baharu ini, dalam tempoh 18 bulan lepaas ini, TNG Digital telah meraih dana lebih RM1 bilion. Kini, selain Lazada, antara pemegang saham pada TNG Digital adalah termasuk Ant Group, dan juga AIA Group.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment