Android Mungkin Beralih Sepenuhnya Ke 64-bit Pada 2023
Sementara iOS telah beralih kepada bentuk 64-bit sepenuhnya sejak 2017 yang lepas, Android masih belum melakukan peralihan sepenuhnya. Terbaru, mengikut jangkaan awal, Android dijangka melakukan peralihan kepada menggunakan versi 64-bit sepenuhnya menjelang 2023 kelak.
Perkara ini ditemui melalui kod pembangunan yang ditemui melalui kod Android 13 yang telah dilancarkan baru-baru ini. Melalui kod berkenaan, ia memberikan petanda Pixel Tablet akan menawarkan sokongan 64-bit sahaja.
Pixel Tablet dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2023 kelak, dan ini juga mungkin menjadi titik tolak kepada Android 14 kelak. Sekiranya berjalan lancar, maka kita akan melihat fokus kepada versi 64-bit sahaja selepas ini.
Google sedia memastikan aplikasi yang diterbitkan pada Google Play menyokong versi 64-bit sejak tahun beberapa tahun lepas. Malah, sejak Android 12, peralihan ini juga telah melangkah setapak kehadapan.
Pada tahun 2023 juga, ARM ingin menamatkan sokongan 32-bit pada rekaan cip mereka, sekaligus akan mempercepatkan lagi peralihan ini.
Selain pasaran global, di China, beberapa syarikat terkemuka seperti Alibaba, Xiaomi, OPPO, Tencent dan Baidu turut telah bekerjasama dan mengatakan akan menamatkan sokongan aplikasi 32-bit pada bulan ini.
Dengan beralih kepada hanya versi 64-bit, ia dijangka menawarkan beberapa kelebihan, termasuk dari segi prestasi dan juga sekuriti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment