Siri Vivo V25 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 29 Ogos
Siri Vivo V25 kini telah disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia. Ia merupakan model kemas kini buat siri Vivo V23 sebelum ini yang turut memfokuskan kepada keupayaan kamera lebih baik. Melihat penyenaraian di laman Vivo Malaysia, terdapat dua model yang bakal diumumkan pada 29 Ogos ini yang terdiri dengan V25 dan V25e. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman peranti-peranti ini masih belum dikongsi.
Namun, Vivo Malaysia telah mula mempromosikannya dengan beberapa penawaran menarik. Dengan kempen “Chup Dulu”, pembelian baucar diskaun bernilai RM8 untuk mana-mana siri Vivo V25 didatangkan dengan fon kepala dan peluang menang hadiah percuma sehingga RM469. Seterusnya, daftar minat di laman Lazada pula membolehkan anda menebus kredit Touch N’ Go bernilai RM100. Bagaimanapun, kertersediaan adalah terhad.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada Vivo V25 5G untuk pasaran Malaysia adalah variasi yang sama seperti ditemui di Thailand atau sebaliknya. Tetapi sekiranya sama, ia akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 900, sensor utama 64MP, kamera swafoto 50MP dan sistem pengecasan 44W. Sementara itu, V25e pula sekadar tertiris dalam imej pengolokan tular dengan rekaan seumpama V25.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment