Hi! Welcome Back and Stay Tune! Butiran Lanjut Mengenai Urusan Diantara MediaTek dan Intel Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Butiran Lanjut Mengenai Urusan Diantara MediaTek dan Intel Diperlihatkan


Pada minggu lepas, ia telah diumumkan bahawa MediaTek akan menggunakan perkhidmatan Intel Foundry Services untuk membangunkan cip-cip semikonduktor mereka. Pada waktu tersebut, butiran mengenai urusan ini tidak diketahui lagi, tetapi ia telah diperlihatkan dengan lebih lanjut sekarang.

MediaTek dikatakan akan menggunakan proses Intel 16, iaitu teknologi binaan cip 22nm yang secara lazimnya digunakan untuk membina komponen-komponen cip didalam kelengkapan elektronik yang tidak begitu sukar untuk dibangunkan.

MediaTek dilaporkan akan menggunakan khidmat Intel ini untuk membangunkan komponen-komponen untuk produk elektronik seperti televisyen, kelengkapan rangkaian nirwayar, dimana kebanyakannya mungkin akan disalurkan kepada anak-anak syarikat MediaTek seperti MStar dan Airoha yang membangunkan produk televisyen dan aksesori WiFi dan Bluetooth.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa dengan peralihan ini, ai dilihat bahawa syarikat-syarikat pembuat semikonduktor kecil seperti PSMC dan UMC akan kerugian kerana ini bermakna bahawa mereka akan kehilangan bisnes dari MediaTek.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.