Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Mengembalikan Ciri Shuffle Kepada Pengguna Premium – Kini Diasingkan Dengan Butang Main - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Mengembalikan Ciri Shuffle Kepada Pengguna Premium – Kini Diasingkan Dengan Butang Main


November tahun lepas, Spotify telah mendengar rungutan penyanyi popular Adele untuk membuang butang rombak atau Shuffle pada album muzik. Menurut Adele setiap lagu di dalam album disusun kerana mempunyai cerita dan jika boleh dirombak cerita yang ingin disampaikan tidak akan sampai.

Butang rombak ini hanya dibuang pada album muzik untuk pengguna pelan Premium. Terkini, khusus untuk pengguna pelan Premium juga Spotify telah mengembalikan semula butang rombak ini. Tetapi ia tidak seperti sebelum ini di mana butang main dan rombak disatukan, sebaliknya pengguna Premium akan melihat dua butang berbeza satu main dan satu untuk rombak.

Menurut Spotify, bagaimana seseorang pengguna mendengar muzik itu adalah hak masing-masing dan hak pengguna juga untuk mengawal cara mendengar. Dua butang berasingan ini akan muncul pada senarai main dan juga pada album muzik. Kemaskini akan diedarkan kepada semua pengguna Android dan iOS tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.