Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dengan Alexa Game Control Permainan Video Boleh Dikawal Menggunakan Suara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dengan Alexa Game Control Permainan Video Boleh Dikawal Menggunakan Suara


Menjadi lumrah dalam permainan video terdapat pelbagai butang perlu dihafal untuk mengawal watak yang dikawal di skrin. Bagi pemain veteran, ini ialah proses mudah yang akan hanya mengambil masa beberapa minit. Tetapi bagi mereka yang tidak biasa menggunakan alat kawalan ia adalah proses yang agak sukar.

Di Gamescon, Amazon telah mengumumkan Alexa Game Control yang membolehkan pelbagai aksi dalam permainan video dilakukan dengan arahan suara. Ia boleh memahami arahan untuk menggunakan ubat, menukar kartrij peluru senapang dan menukar senjata terbaik dengan hanya arahan suara.

Pemain tidak perlu menyeru Alexa terlebih dahulu kerana ia sentiasa bersedia mendengar kata kunci untuk melakukan aksi dalam permainan. Mereka juga tidak perlu mempunyai peranti Alexa seperti Echo misalnya kerana sebarang mikrofon serasi digunakan dengan Alexa Game Control.

Permainan pertama yang menyokong Alexa Game Control ialah Dead Island 2. Pada waktu ini Alexa Game Control hanya disokong pada platform PC dan Xbox terlebih dahulu tetapi Amazon telah mengeluarkan SDK untuk di digunakan pada platform lain oleh pembangun.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.