Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPadOS 16 Tidak Akan Dilancarkan Serentak Dengan iOS 16 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPadOS 16 Tidak Akan Dilancarkan Serentak Dengan iOS 16


Apple telah memperkenalkan iOS 16 dan iPadOS 16 untuk iPhone dan iPad mereka pada Jun lalu. Sistem operasi baharu ini hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik seperti kustomasi kunci skrin, keselamatan tambahan, sorok gambar, iMessage boleh sunting teks dan ditarik semula, FaceID dalam mod landskap, ciri kesihatan baharu dan banyak lagi.

Selepas beberapa bulan menjalankan ujian dan memberi pengguna awam ujian beta, versi stabil untuk sistem operasi ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September akan datang. Apple hari ini memberitahu TechCrunch yang iPadOS 16 tidak akan dilancarkan serentak dengan iOS 16.

iPadOS yang kini menjadi satu sistem operasi tersendiri untuk tablet akan mempunyai jadual kemaskini tersendiri berbeza dengan iOS untuk telefon pintar. Apple juga akan melangkau versi iPadOS 16.0 dan akan hadir dengan versi stabil iPadOS 16.1 untuk semua pengguna dengan pembangun hari ini mula dapat mengujinya.

Untuk pengguna iPhone, September akan datang, iPhone anda akan menerima kemaskini iOS 16.0 dan bukannya 16.1.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.