Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eropah Ingin Menghasilkan Stesen Jana Kuasa Solar Di Angkasa, Dan Pancar Tenaga Ke Bumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eropah Ingin Menghasilkan Stesen Jana Kuasa Solar Di Angkasa, Dan Pancar Tenaga Ke Bumi


Agensi Angkasa Eropah kini sedang mempertimbangkan untuk membangunkan stesen jana kuasa solar di angkasa, sekaligus membolehkan mereka menghasilkan tenaga bersih serta mengurangkan penghasilan kesan rumah hijau.

Buat masa ini, kajian konsep berkenaan dengannya telah pun dilakukan, dan sekiranya ia menerima kebenaran daripada ahli jawatankuasa terlibat untuk pendanaan, maka pembangunannya mungkin dimulakan sekitar 2025 kelak.

Mengikut konsep, ia akan menggunakan stesen seumpama satelit, yang akan menghimpunkan tenaga solar di atmosfera, dan seterusnya mengubah ia kepada tenaga, dan memancar kembali ke bumi dalam bentuk gelombang mikro. Gelombang berkenaan yang ditangkap di Bumi akan diubah kepada tenaga elektrik untuk kegunaan harian.

Dengan penggunaan stesen jana kuasa di angkasa, ia tidak akan terlindung dengan sebarang awan di langit, selain mungkin turut tidak terjejas dengan waktu siang atau malam, serta menjana tenaga dengan lebih efisien lagi.

Selain Eropah, sebelum ini China turut pernah berkongsi untuk perancangan lebih kurang sama, dan menyasarkan pembinaan bermula seawal 2028 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.