Grab Kini Telah Melengkapkan Lebih 10 Bilion Perjalanan
Grab kini menyambut ulang-tahun ke-10 mereka, dan menariknya mereka turut berkongsi telah melengkapkan sebanyak 10 bilion perjalanan pada 4 Julai 2022 lepas.
Ketika angka tersebut dicapai, sebanyak 108 perjalanan sedang dilakukan serentak – sama ada penghantaran makanan, atau perkhidmatan seru-pandu. Di Malaysia, ketika itu, salah seorang penghantar makanan dalam perjalanan ke restoran.
Apa yang menariknya, sebelum ini, Grab mengambil masa sekitar lima tahun untuk mencapai 1 bilion perjalanan. Dan mereka mengambil masa lima tahun juga untuk mencapai dari 1 bilion perjalanan ke 10 bilion perjalanan.
Pada hari ini, Grab ditawarkan di 488 bandar di 8 buah negara. Secara keseluruhan, mereka mencatatkan perjalanan berjumlah lebih 60 bilion kilometer.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment