Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering Baju Bertingkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering Baju Bertingkat


Apa yang kami sedari sejak duduk berumah tangga ialah banyak baju yang perlu dibasuh selang beberapa hari sekali. Kadang kala hanya sedikit sahaja baju ingin dibasuh dan pada masa yang lain proses membasuh perlu dilakukan beberapa kali sehari. Satu sahaja mesin basuh di rumah tidak mencukupi.

Semalam Xiaomi melancarkan mesin basuh dengan pengering bertingkat di bawah jenama Mijia mereka. Mesin basuh merangkap pengering ini mempunyai kapasiti 15 kilogram – 10 kilogram di bawah dan 5 kilogram di atas. Dengan dua mesin basuh bertingkat, pemilik boleh menggunakan mesin basuh kapasiti kecil untuk membasuh pakaian dalam jumlah yang kecil tanpa membazirkan tenaga menggunakan mesin basuh kapasiti besar. Selepas selesai dibasuh, baju dikeringkan terus tanpa perlu dikeluarkan dari dram bawah dengan kapasiti mengeringkan baju sehingga 7 kilogram.

Menurut Xiaomi untuk merealisasikan rekaan mesin basuh serta pengering bertingkat ini agak sukar kerana getaran dua mesin bergerak serentak boleh menyebabkan kerosakan. Sistem spring terbina mengurangkan getaran dan pada masa yang sama membolehkan ia beroperasi pada tahap bunyi sekitar 48 dB yang sama lantang dengan kekuatan suara ketika berbual.

Kawalan dilakukan sepenuhnya pada pada sesentuh di pintu penutup mesin di bahagian atas. Kedua-dua mesin basuh ini juga mempunyai bekas sabun berbeza membolehkan pemilik hanya melakukan pembersihan yang serasi dengan fabrik. Di China mesin baju bertingkat ini dijual pada harga RMB 5999 yuan (~RM3954) sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.