Huawei Mate 50 Dijangka Menyertakan Ciri Komunikasi Satelit Untuk Tujuan Kecemasan
Salah satu perkara yang diperkatakan berkenaan dengan iPhone 14 adalah sokongan komunikasi satelit untuk tujuan kecemasan. Menariknya, kini mengikut penganalisa popular Ming-Chi Kuo, Huawei dijangka mengumumkan ciri tersebut terlebih dahulu melalui Huawei Mate 50.
Huawei Mate 50 bakal diumumkan pada 6 September kelak, dan akan menjadi telefon mercu terbaru Huawei.
Salah satu ciri yang akan disertakan adalah kebolehan berkomunikasi melalui satelit untuk tujuan kecemasan, dan disokong sistem BDS (BeiDou Navigation Satellite). Huawei dijangka bekerjasama dengan pihak MediaTek dalam merealisasikan ciri ini.
Disamping itu, Huawei turut dijangka menyertakan sokongan pengimejan XMAGE menggantikan Leica pada telefon pintar ini.
Dengan peningkatan pelbagai bencana alam, ciri komunikasi berasaskan satelit dijangka menjadi salah satu ciri utama yang akan disertakan pelbagai pengeluar selepas ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment