Samsung Hadir Dengan Avatar Maya Untuk Menarik Perhatian Pengguna Muda, G-NUSMAS
Samsung hari ini memperkenalkan avatar maya mereka tersendiri, dinamakan S-NUSMAS – iaitu ejaan Samsung secara terbalik. Ia merupakan avatar mengambil sebuah makhluk asing, selari dengan produk-produk Galaxy keluaran Samsung.
Samsung mengatakan G-NUSMAS dicipta dalam usaha menarik perhatian para pengguna generasi muda, terutamanya generasi milenial dan GenZ.
Samsung akan menggunakan ia dalam sejumlah video promosi, termasuk akan hadir dengan sebuah video pendek mengisahkan asal-usul watak G-NUSMAS ini.
Pengenalan rasmi ini hadir selepas kita melihat beberapa bentuk avatar hadir ke arena internet sebelum ini, apatah lagi dengan SAM yang mencuri perhatian ramai sebelum ini dengan rekaan seumpama bintang Kpop.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment