India Pertimbangkan Untuk Semua Telefon Pintar Wajib Hadir Dengan USB-C, Termasuk iPhone
Kerajaan India kini sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan polisi penggunaan hanya satu jenis pengecas untuk semua peranti, termasuk tablet dan telefon pintar.
Dengan langkah ini, India dijangka akan turut mengikut jejak langkah Kesatuan Eropah yang turut memperkenalkan polisi tersebut dan akan dikuat-kuasa bermula 2024 kelak. Buat masa ini, kerajaan India masih dalam proses perbincangan, serta bertemu dengan pelbagai pengeluar berkaitan dengan polisi baharu ini.
Dengan hanya bergantung kepada satu jenis pengecas, ia akan mengurangkan pembaziran elektronik, selain tidak lagi memerlukan pelbagai pengecas berbeza untuk peranti serta mengurangkan beban rakyat.
India sedia mempunyai lebih 1 bilion penduduk, dan dijangka menjadi negara dengan populasi paling ramai di dunia tidak lama lagi. Disebabkan ini sahaja, berkemungkinan semua pengeluar akan mengikut arahan yang ditetapkan, atau pengeluar mungkin kerugian pada pasaran tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment