Hi! Welcome Back and Stay Tune! Insta360 Link Ialah Kamera Web 4K Dengan Gimbal Yang Boleh Mengekori Subjek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Insta360 Link Ialah Kamera Web 4K Dengan Gimbal Yang Boleh Mengekori Subjek


Insta360 datang lagi dengan sebuah lagi produk kamera inovatif. Kali ini mereka melancarkan pula Insta360 Link yang merupakan sebuah kamera web 4K yang dilengkapi gimbal. Ini membolehkan ia bergerak mengikut subjek seperti ciri Center Stage yang disokong pada Apple Studio Display.

Kamera dilengkapi sensor sebesar 1/2″ yang membolehkan ia melakukan rakaman sehingga 4K, sokongan HDR dan mod yang menerangkan visual dalam situasi gelap. Kecerdasan buatan membolehkan Link mengekori subjek yang bergerak ketika ia digunakan. Ia turut boleh memastikan visual kelihatan tepat apabila digunakan untuk memandang ke bawah untuk melihat subjek di atas meja misalnya.

Selain itu terdapat juga mod papan putih yang memberikan tumpuan kepada papan putih sahaja ketika melajukan kelas atas talian, kawalan gestur untuk zum serta menukar mod kamera dan mod potret yang merakam video menegak. Dari segi privasi pula kamera akan terus memandang ke bawah apabila tidak digunakan.

Insta360 Link boleh digunakan pada komputer Windows, dan macOS. Sumber kuasa adalah menggunakan USB-C sepenuhnya. Kamera ini dijual pada harga bermula £319 (~RM1732) sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.