Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kriptowang Bernilai $190 Juta Dicuri Dari Pembangun Perisian Rantaian Blok Nomad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kriptowang Bernilai $190 Juta Dicuri Dari Pembangun Perisian Rantaian Blok Nomad


Isu kecurian kriptowang bernilai tinggi secara ironinya dilihat semakin meningkat pada tahun ini. Walaupun nilai matawang digital tersebut dilihat tidak begitu menentu, ia dilihat masih lagi cukup bernilai untuk penggodam cuba untuk mencurinya.

Terkini, pembangun perisian rantaian blok Nomad dilaporkan telah mengalami isu godaman dimana kriptowang para pelanggan mereka yang bernilai sekitar $190 juta (~RM846 juta) telah dicuri daripada blockchain bridge mereka.

Bitcoin

Untuk penerangan ringkas, sebuah blockchain bridge ialah sebuah sistem yang boleh digunakan untuk menghantar kriptowang dari satu rantaian blok ke rantaian blok yang lain tanpa perlu menjual kriptowang tersebut. Ia secara lazimnya digunakan untuk memudahkan pelabur kriptowang untuk menyertai rantaian-rantaian blok berbeza dengan cepat dan mudah.

Walaupun begitu, seperti yang dikatakan dalam perenggan sebelum ini, Nomad telah mengesahkan bahawa kriptowang mereka telah dicuri daripada blockchain bridge mereka sendiri oleh penggodam melalui sebuah kerentanan yang ditemui dalam sistem tersebut melalui sistem kontrak pintar mereka.

Pihak Nomad turut mengesahkan bahawa mereka telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, dan sedang bekerjasama bersama syarikat forensik yang mempunyai kepakaran dalam rantaian blok untuk mengkaji bagaimana kes ini berlaku.

Kes kecurian kriptowang ini merupakan salah satu insiden berkenaan pencurian kriptowang terbesar pada tahun ini, dan menandakan bahawa sekitar $1 bilion kriptowang telah dicuri sepanjang tahun 2022 melalui cara yang sama, dan telah mula membuatkan orang ramai menanyakan soalan yang sama berkenaan keselamatan blockchain bridge ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.