Pengguna Android 13 Pada Pixel 6 Tidak Dibenarkan Turun Taraf Ke Android 12
Android 13 versi stabil akhirnya diedarkan untuk pengguna peranti Pixel. Kemaskini ini hadir dengan lebih banyak kawalan kustomasi antaramuka untuk memperibadikan lagi peranti mengikut citarasa pengguna.
Versi Android baharu ini juga membawa lebih banyak ciri baharu seperti sambungan Bluetooth LE, kawalan peranti berhubung yang lebih baik, akses pantas kepada pengimbas QR, lebih dioptimasikan untuk peranti skrin besar seperti tablet dan banyak lagi.Buat masa ini hanya pengguna Pixel 4 ke atas sahaja boleh menggunakannya.
Sementara peranti lain harus tunggu pengeluar peranti mengedarkan kemaskini secara berperingkat.
Seperti biasa, versi baharu sistem operasi turut akan mempunyai sekuriti yang lebih baik. Khusus untuk pengguna Google Pixel 6, 6 Pro dan 6a, Google telah mengimplementasikan ciri Rollback Protection. Selepas memgenaskini ke Android 13, bootloader peranti turut dikemaskini untuk perlindungan pengguna.
Melaluinya, pengguna tiga peranti Pixel ini tidak lagi boleh turun taraf ke Android 12 walaupun ia adalah versi stabil. Malah jika format peranti semula dan pasang menggunakan fail imej juga tidak dibenarkan.
Untuk pembangun yang menggunakan Android 13 versi AOSP, perlu pastikan versi Android ini dipasang kepada kedua-dua slot memori A/B. Jika tidak, peranti boleh terus rosak dan tidak lagi boleh dibaiki atau dipulihkan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment