Spotify Menguji Ciri Merakam Suara Yang Boleh Diterbit Sebagai Podsiar
Spotify sejak beberapa tahun ini semakin fokus kepada podsiar. Merek bukan lagi platform penstriman muzik semata, tetapi ingin menawarkan lebih banyak kandungan untuk memperbanyakkan lagi pelanggan.
Baru-baru ini antaramuka Spotify dikemaskini dengan mengasingkan kandungan muzik dan podsiar. Kini, mereka menguji ciri perakam suara yang terus terbina dalam aplikasi pula.
Jika anda tertanya-tanya untuk apa ciri ini disertakan. Ia adalah untuk merakam reaksi pengguna selepas mendengar muzik. Rakaman suara ini kemudiannya boleh disunting sedikit dengan menambah muzik latar misalnya dan kemudian ia akan diterbitkan sebagai podsiar untuk platform penstriman mereka.
Ciri ini buat masa ini masih lagi dalam ujian dalam kelompok kecil. Sumber menyatakan ciri ini dilihat hadir untuk pengguna terpilih di Vietnam. Namun tidak pasti sama ada ciri ini akan ditawarkan kepada semua.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment