Amazfit GTR 4 Dan GTS 4 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Amazfit GTR 4 dan GTS 4 merupakan dua penawaran peranti boleh-pakai baharu daripada Amazfit buat para pengguna. Ia telah dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk dan ketahanan bateri berbeza bagi menjadikannya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Bagi yang menantikan kehadirannya, kini Amazfit telah mengesahkan yang mana ia turut bakal tiba ditawarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tapi sayangnya, belum ada sebarang tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat artikel ini ditulis. Dalam masa sama, harga jualan untuk kedua-duanya juga masih tidak diketahui.
Amazfit GTR 4 merupakan seutas jam tangan bertubuh logam tahan karat berbentuk bulat dengan padanan tiga pilihan jenis tali iaitu nilon, kulit atau floroestemer. Saiz skrin adalah sebesar 1.47-inci AMOLED dengan kebolehan sesentuh yang turut memuatkan dua butang kawalan di sisi pada bahagian kanan.
Turut disertakan adalah pengesanan 150 aktiviti sukan terbina, sistem dwi-GPS untuk penjenjakan laluan yang tepat dan kebolehan menstrim muzik serta panggilan telefon. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 50 hari dengan mod biasa, kemudiannya berkurang kepada 14 hari dalam mod jam tangan pintar.
Amazfit GTS 4 pula menampilkan muka jam berbentuk segi empat bersama tiga pilihan tali jam bergantung kepada keperluan pengguna. Skrin pula sebesar 1.76-inci AMOLED yang mana turut menyokong kebolehan sesentuh. Sebilangan besar fungsi dan cirinya adalah sama seumpama seutas GTR 4. Namun keupayaan bateri sekadar bertahan sehingga 30 hari dengan mod biasa, kemudian berkurang menjadi 8 hari untuk mod jam tangan pintar.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment