Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas Talian Bagi Mengelakkan Penipuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas Talian Bagi Mengelakkan Penipuan


Kerajaan kini sedang mengkaji semula prosedur lesen khas atas perniagaan atas talian dalam usaha melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Maka, satu pasukan khas telah diwujudkan bagi mencari mekanisme pelesenan baharu dengan peraturan sedia ada yang akan dipinda. Melaluinya, kerjasama beberapa pihak berkaitan turut terlibat bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan kelak.

Setakat hari ini, undang-undang sedia ada masih digunakan sepenuhnya sementara menunggu pelaksanaan mekanisme baharu ini. Di mana prosedurnya adalah tertakluk di bawah Seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang mewajibkan beberapa perkara. Antaranya seperti para peniaga wajib memaparkan nama individu/perniagaan, nombor pendaftaran, emel, nombor telefon/alamat, penerangan utama barangan/perkhidmatan yang ditawarkan. Ini termasuklah menyertakan perincian produk bersama harga, kos penghantaran, cukai dan anggaran masa penghantaran.

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan para peniaga bakal berdepan dengan tindakan pendakwaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2012. Di mana, denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjaga tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Di samping itu, kesalahan kedua atau lebih pula boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun untuk individu, sementara itu RM200,000 pula bagi perniagaan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.