Hi! Welcome Back and Stay Tune! DJI Osmo Action 3 Turut Dilancarkan Dengan Dwi-Skrin Sesentuh Dan Tiada Lagi Sokongan Aksesori Magnetik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DJI Osmo Action 3 Turut Dilancarkan Dengan Dwi-Skrin Sesentuh Dan Tiada Lagi Sokongan Aksesori Magnetik


Tiga tahun lalu, selepas sekian lama berkecimpung dalam dunia dron dan aksesori gimbal DJI mula hadir dengan kamera aksi pula Osmo Action. Kini pada hari yang sama GoPro melancarkan siri Hero11 mereka, DJI turut melancarkan Osmo Action 3.

Dengan Osmo Action 3, DJI kembali menggunakan rekaan mirip generasi pertama mereka. Ia ringka dan kemas, cuma sayang sekali tiada lagi sokongan aksesori modular magnetik yang diperkenalkan pada Osmo Action 2. Sensor yang digunakan pula adalah jenis 1/1.7-inci dengan sokongan rakaman 4K120fps serta sudut ultra lebar 155 darjah. DJI turut menyertakan sokongan zum digital 4x.

Untuk penstabilan, DJI kini menggunakan RockSteady 3.0 yang turut menyokong rakaman 4K/120fps. Mod HorizonSteady juga adalan mod penstabilan, tetapi dioptimasikan untuk aktiviti lebih lasak seperti untuk seorang pelayar atau sukan ekstrem. Mod HorizonBalancing walau bagaimanapun dikatakan adalah mod penstabilan yang seimbang antara dua mod tadi.

Untuk bateri, DJI Osmo Action 3 menggunakan saiz 1770mah dengan sokongan pengecasan pantas yang boleh mengecas dalam masa 50 minit. Mereka menjamin ketahanan bateri adalah sehingga 160 minit. Terdapat dua skrin sesentuh untuk kawal dari hadapan atau belakang, ada tiga mikrofon untuk audio jelas dan pembatalan bunyi angin dan turut menyokong kawalan arahan suara.

DJI turut menyertakan kerangka untuk sambungkan kamera pada tripod, kaki, cagak dalam bentuk melintang atau menegak. Walaupun tidak lagi menyokong aksesori modular, setiap pakej pembelian beberapa aksesori telah disediakan sekali. Untuk perlindungan, unit kamera itu sendiri sedia menyokong kalis air sehingga 16 meter.

Di Amerika Syarikat, kamera aksi ini dijual pada harga bermula $329 iaitu sekitar RM1,490.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.