Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 Dengan Skrin Sekunder Dilancarkan Pada Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 Dengan Skrin Sekunder Dilancarkan Pada Harga


Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 diperlihatkan pada CES 2022 dengan skrin sekunder 8″ LCD diletakkan bersebelahan papan kekunci dan disertakan untuk meningkatkan produktiviti. Selepas lebih lapan bulan, komputer riba ini akhirnya mula dijual di pasaran

Komputer hadir dengan skrin utama 17.3″ dengan nisbah ultra lebar 12:10, dipadankan dengan cip Intel Core H-Series Gen-12, memori sehingga 32GB LPDDR5 dan storan SSD sehingga 2TB. Menurut Lenovo skrin sekunder boleh digunakan untuk memudahkan suntingan video dengan susur masa dipaparkan padanya. Sebuah stylus boleh digunakan untuk melakukan lakaran terus pada skrin yang mempunyai tempat simpanannya sendiri di belakang komputer riba.

Ia turut boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi Android yang tidak mengganggu skrin utama. Bagi pengguna telefon Android, skrin peranti anda turut boleh dipancarkan pada skrin ini supaya telefon tidak perlu dipegang. Keseluruhan komputer adalah seberat sekitar 2kg.

Papan kekunci berlampu sementara pad sesentuh pula hadir dengan permukaan kaca. Kamera infra merah HD penuh disertakan juga bersama dengan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Sistem audio pula adalah dari Harman Kardon dengan sokongan sistem Dolby Atmos. Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 dijual pada harga bermula $1500 (~RM6798).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.