Hi! Welcome Back and Stay Tune! Infinix Zero Ultra 5G Bakal Dilancarkan Pada 5 Oktober - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Infinix Zero Ultra 5G Bakal Dilancarkan Pada 5 Oktober


Baru sahaja kami berkongsi mengenai peranti baharu Infinix Zero Ultra yang tertiris menerusi laman Ali Express semalam. Kini tarikh pelancaran untuknya telah dikongsikan menerusi ciapan terkini Infinix di twitter. Ia dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2022 dan pelancarannya diadakan secara global. Ini sekaligus menyaksikan penawarannya kelak akan lebih meluas.

Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman yang dikongsi. Tetapi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik menerusi laman Ali Express sebelum ini mendedahkan beberapa ciri utama pada peranti. Ia kelak dilancarkan sebagai peranti berspesifikasi pertengahan menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 920. Bersama-sama denganya, ia turut dibekalkan kamera 200MP dan sistem pengecasan 180W.

Tubuh pula kelihatan nipis dengan panel sejenis OLED yang melengkung pada kedua-dua sisi. Turut disertakan adalah rekaan berlubang yang menempatkan kamera swafoto tunggal. Dengan berbaki lebih kurang lapan hari, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai peranti yang bakal didedahkan dalam masa terdekat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.