Wiko 10 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Wiko sebelum ini sedia memaklumkan yang mana mereka secara rasminya kembali memasuki pasaran Malaysia. Melaluinya mereka hadir dengan beberapa penawaran peranti baharu menerusi Wiko T10 dan T50 yang mana masing-masing boleh dibeli pada RM429 dan RM899.
Dalam usaha memperluaskan lagi portfolionya di negara ini, sebuah lagi peranti bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ianya adalah Wiko 10 namun tarikh pelancaran khusus masih belum didedahkan setakat ini. Kita boleh menyasarkan ia bakal diketahui tidak lama lagi dan seperti biasa kami juga akan mengemaskininya untuk perkongsian bersama.
Antara tumpuan utama pada peranti adalah skrin bersaiz besar 6.74-inci yang diiklankan mampu menyajikan pengalaman tontonan cukup baik. Selain itu, ia juga digabungkan dengan memori dan storannya pula memadai untuk penggunaan harian. Sistem tri-kamera turut disertakan dengan sensor utama 50MP.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment