Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ingin Digitalisasikan Perniagaan? Ini Caranya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ingin Digitalisasikan Perniagaan? Ini Caranya


Hari demi hari teknologi berubah semakin pantas dan kita dapat melihat bagaimana digitalisasi telah diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita. Jika bercakap dari konteks perniagaan, proses pendigitalan ini boleh membantu sesebuah perniagaan beroperasi dengan lebih efisyen dan kekal relevan dalam industri mereka. Tetapi, ada juga yang masih menggunakan kaedah manual kerana mereka merasakan bahawa proses pendigitalan maklumat ini sukar dan mahal.

Celcom Axiata Berhad mempunyai lebih daripada 34 tahun pengalaman dalam bidang telekomunikasi. Mereka telah bekerjasama dengan ramai rakan niaga yang bertaraf antarabangsa dan tempatan untuk menawarkan solusi yang bersesuaian kepada perniagaan yang memerlukannya. Anda boleh dapatkannya melalui kepakaran yang disalurkan oleh Celcom Business. Sasaran Celcom Business ini adalah untuk membantu mempercepatkan penggunaan digital di kalangan perniagaan tempatan agar perniagaan anda menjadi lebih efisyen dan lancar. Selain itu, mereka juga ingin membantu perniagaan anda mewujudkan asas digital yang kukuh untuk perkembangan yang lebih baik.

Apa Yang Celcom Business Tawarkan?

“Saya seorang penjual burger, bolehkah Celcom Business membantu saya?”

Untuk pengetahuan anda, sesiapa sahaja yang mempunyai perniagaan boleh dapatkan bantuan daripada Celcom Business ini. Perkhidmatan mereka tidak hanya terhad kepada perniagaan yang besar sahaja, malah mereka juga mengalu-alukan perusahaan kecil SME, korporat dan juga sektor awam untuk dapatkan solusi perniagaan yang sesuai untuk keperluan perniagaan anda.

Solusi yang Celcom Business sediakan boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu Solusi Mudah Alih yang menghubungkan anda dimana sahaja anda berada. Solusi Talian Tetap dimana Celcom menyediakan sambungan berprestasi dan berkelajuan tinggi. Solusi IoT yang mengimplimentasikan teknologi pintar ke dalam mesin atau aset anda. Solusi Awan yang mengendali dan mengubah data menjadi sesuatu yang berguna untuk perniagaan anda serta Solusi Keselamatan Siber yang akan melindungi data dan harta intelek anda.

Bagi kategori solusi mudah alih, Celcom menawarkan pelan-pelan internet yang sesuai untuk kegunaan perniagaan anda seperti MEGA for Business, InternetGO dan juga perayauan di luar negara. Mereka juga menawarkan khidmat pemasaran berdasarkan lokasi yang membolehkan anda untuk memasarkan kepada potensi pelanggan anda di kawasan yang disasarkan, permesejan pukal dan juga permesejan untuk media sosial.

Celcom Business juga menyediakan solusi talian tetap dengan sambungan berkelajuan tinggi untuk membantu anda meningkatkan kecekapan perniagaan anda. Pelbagai pakej yang anda boleh dapatkan daripadanya seperti pakej Business Wireless, Business Fibre, SD-WAN dan banyak lagi. Pakej yang ditawarkan ini juga membolehkan anda untuk konfigurasikan jalur lebar sama ada untuk kegunaan sendiri atau perkongsian yang akan membantu perniagaan anda menjadi lebih efisyen.

Melalui peranti-peranti berhubung (IoT), perniagaan anda bukan sekadar menjadi lebih cekap malah, ia juga membantu mengurangkan kos operasi perniagaan, membantu anda membuat keputusan yang tepat dengan maklumat masa nyata serta banyak lagi. Antara solusi IoT yang ditawarkan oleh Celcom Business adalah sistem pengawasan pintar, bandar pintar, pertanian pintar dan sebagainya.

Sebagai contoh, para peladang boleh gunakan dron, kamera AI dan sensor IoT untuk memantau haiwan ternakan dan tumbuhan mereka dari segi suhu, kelembapan, perlindungan dan sebagainya.

Selain itu, Celcom Business juga boleh membantu anda dari segi solusi Awan. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan rundingan dan pelaksanaan untuk mengendali data menjadi informasi yang berguna untuk perniagaan anda menerusi perkomputeran awan, solusi infrastruktur-sebagai-perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service) dan juga perisian-sebagai-perkhidmatan (Software-as-a-Service). Antara solusi Awan yang disediakan oleh Celcom Business adalah seperti Microsoft 365, Google Workspace, dan MESINKIRA yang mana ia membolehkan anda untuk dapatkan laporan perniagaan, penjejak kecekapan perniagaan, membuat sandaran fail dan lain-lain.

Tetapi di setiap kebaikan yang teknologi bawakan dalam kehidupan seharian kita hari ini, kita juga tidak akan terlepas dengan sebarang kemungkinan untuk menjadi mangsa kepada jenayah siber. Perniagaan anda akan terkesan jika tidak dilindungi sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja membuatkan perniagaan anda rugi, malah ia juga akan memberi kesan kepada reputasi perniagaan anda. Oleh sebab itu, Celcom Business menawarkan solusi untuk keselamatan siber seperti keselamatan rangkaian, awan, pangkalan data, aplikasi dan banyak lagi agar aset dan hak intelek perniagaan anda dilindungi sepenuhnya.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, jika anda ingin mendigitalkan perniagaan anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya, Celcom Business boleh menjadi rakan niaga anda yang dipercayai untuk membantu anda. Dengan padanan penawaran rangkaian internet daripada penyedia liputan mudah alih terluas bersama solusi dan kepakaran dalam bidang perniagaan tentunya Celcom Business boleh membantu menaik taraf perniagaan anda. Jika dahulu, kita menghadapi cabaran dalam perniagaan ini secara sendirian, namun hari ini kita ada Celcom Business yang dapat membantu perniagaan kita, tidak kira sama ada perniagaan kecil atau pun besar.

Peranan Celcom Business adalah untuk menyelesaikan kekurangan dalam perniagaan kita agar menjadi lebih cekap menggunakan teknologi digital hari ini. Dengan pendigitalan, ia membantu memudahkan tugasan kita dan dalam masa yang sama memberikan jalan penyelesaian untuk meningkatkan produktiviti harian kita. Jika anda mencari rakan niaga yang boleh membantu perniagaan anda, Celcom Business adalah jawapannya.

Penafian : Advertorial daripada Celcom



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.