Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tablet Redmi Pad Turut Dilancarkan Pada 4 Oktober Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tablet Redmi Pad Turut Dilancarkan Pada 4 Oktober Ini


Tiada rahsia lagi apabila tablet Redmi Pad kini didedahkan bakal dilancarkan secara rasminya pada 4 Oktober 2022. Perkara berkenaan dikongsi sendiri oleh pihak Redmi India menerusi ciapan terkini di Twitter rasmi.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi tetapi ia dikhabarkan memberi fokus terhadap kegunaan asas termasuk pembelajaran, hiburan dan kerja harian. Rekaannya pula dilihat sama seperti apa yang pernah didedahkan sebelum ini.

Menurut jangkaan awal, Redmi Pad adalah sebuah tablet bersaiz 10.6-inci dengan skrin LCD beresolusi 2000 X 1200 piksel dan kadar segar semula 90Hz. Turut disertakan adalah cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 4GB RAM, storan dalaman mencapai 128GB dan bateri berkapasiti 8000mAh. Kamera 8MP turut digunakan untuk sensor utama dan swafoto.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.