PRISM+ Zero Adalah Penyaman Udara Yang Boleh Dikawal Sepenuhnya Dengan Telefon Pintar
PRISM+ adalah jenama pengeluar barangan elektronik yang terkenal dengan pelbagai variasi dan model televisyen serta monitor. Mereka adalah jenama daripada Singapura dan terbaru, mereka telah hadir dengan penyaman udara pintar tersendiri PRISM+ Zero.
PRISM+ Zero boleh terus dikawal dengan telefon pintar pengguna dengan menggunakan teknologi PRISM+ Connect. Melalui teknologi ini, pengguna boleh mengawal penyaman udara dari jarak jauh agar boleh sejukkan bilik, pejabat, tempat tinggal sebelum tiba ke destinasi. Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh menetapkan jadual, memantau penggunaan, menyelarikan dengan pembantu digital Google Assistant, menempah sesi servis dan memantau penggunaan tenaga serta akan menyokong pengesanan pergerakan.
Penyaman udara yang ditawarkan adalah PRFZ09 (9,212 btu/h), PRFZ12 (12,010 btu/h), PRFZ18 (18,010 btu/h) dan akan datang PRFZ24 (24,200 btu/h). Di samping itu, kompresor di luar pula adalah PRCZ28 dan PRCZ36. Setiap pembelian PRISM+ menawarkan lapan tahun jaminan dan pemasangan terus ke rumah dengan pasukan pemasangan tersendiri.
Teknologi bahan penyejuk yang digunakan adalah jenis R32 yang mesra alam sekitar. Ia turut mempunyai teknologi Obsidian Seal Technology yang merangkumi lima lapisan pelindung anti-bakteria dan anti-kakis.
Buat masa ini, PRISM+ Zero hanya dijual di Singapura sahaja dengan harga bermula pada SGD 2,199 iaitu sekitar RM7,094 dan meningkat sehingga SGD 3,499 iaitu sekitar RM11,288. Buat masa ini masih tiada pengesahan lagi sama ada penyaman udara ini akan dijual di Malaysia ataupun tidak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment