Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maklumat Mengenai Google Tensor G2 Tertiris – Masih Menggunakan CPU A76 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maklumat Mengenai Google Tensor G2 Tertiris – Masih Menggunakan CPU A76


Cip Google Tensor G2 akan digunakan pada Pixel 7 kelak. Kini maklumat mengenai cip ini telahpun tertiris ke arena web dan ia mungkin akan mengecewakan mereka yang inginkannya mempunyai prestasi sebaik Snapdragon 8+ Gen 1 atau Apple A16.

Berdasarkan maklumat yang ditiriskan Kuba Wojciechowski  seorang pembangun, markah penanda aras Geekbench menunjukkan Tensor G2 dilengkapi dua teras CPU Cortex-X1, dua teras CPU Cortex-A76 dan empat teras CPU Cortex-A55. Ini adalah teras yang sama digunakan pada Tensor G1.

Sungguhpun begitu Tensor G2 akan menggunakan teknologi 4nm Samsung berbanding 5nm Samsung yang digunakan Tensor G1. Kelajuan teras utama juga lebih tinggi yang meningkatkan prestasi sekitar 10% pada Tensor G2.

Maklumat di atas sekiranya benar mungkin akan mengecewakan mereka yang ingin membeli peranti Pixel 7 tetapi strategi Google nampaknya bukan menggunakan cip yang paling berkuasa tetapi cip yang direka khusus untuk keperluan mereka sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.